LENSA SEKOLAH | TAKLIMAT MS ISO 9001:2015

KUANTAN - Satu taklimat mengenai pelaksanaan Jabatan Agama Islam Pahang Ke Arah Pensijilan MS ISO 9001:2015 telah dibentangkan oleh Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Yusri Bin Aman, Pengurus Risiko ISO Jabatan Agama Islam Pahang kepada seluruh warga kerja SM Agama Al-Ihsan yang terdiri daripada kakitangan guru dan kakitangan bukan guru. Antara objektif taklimat adalah untuk memberi gambaran secara keseluruhan dan pendedahan mengenai proses pelaksanaan prosedur kerja MS ISO 9001:2015 yang bersifat menyeluruh dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) secara khususnya. Semoga dengan pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di seluruh SMAN dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan memartabatkan SMAN sebagai institusi pendidikan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang setanding dengan institusi pendidikan yang lain.

Tag: MS ISO 9001:2015 SMAN 2018