LENSA SEKOLAH | JOHAN MASISUPA ZON 2

KUANTAN - MASISUPA ZON 2 kali ke-35 telah melabuhkan tirai dengan jayanya. 5Zon 2 yang melibatkan 5 buah sekolah merangkumi SMA Al-Ihsan, SMA Maran, Maahad SAS, SMA Pulau Tawar dan SMA Al-Irsyad. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Lebai Idris Bin Ali, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum dan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Agama Islam Pahang. Tahniah diucapkan kepada SM Agama Al-Ihsan kerana telah dinobatkan sebagai Johan Sukan, Johan Ilmiah dan seterusnya Johan Keseluruhan bagi MASISUPA ZON 2 tahun ini. Terima kasih juga diucapkan kepada SM Agama Pulau Tawar selaku tuan rumah MASISUPA kerana berjaya menyediakan kemudahan dan penginapan yang selesa kepada para pegawai dan peserta. Semoga kejayaan yang digapai mendapat keberkahan. Majulah Sukan Untuk Negara!

Tag: MASISUPA R2M 2018