LENSA SEKOLAH | WACANA DIRAJA PAHANG

KUANTAN - Seramai 40 orang pelajar SM Agama Al-Ihsan telah menghadiri satu Wacana DiRaja : Raja Perlembagaan dan Patriotisme yang berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur. Antara objektif wacana adalah memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya berkaitan fungsi perlembagaan negara dan peranan patriotisme serta kedaulatan Institusi DiRaja. Semoga semua yang hadir Wacana DiRaja memperoleh sesuatu dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat setempat seterusnya mencapai objektif program sepertimana yang dirancang.

Tag: WACANA 2018