LENSA SEKOLAH | ANUGERAH SIMULASI SMA

KUANTAN - Simulasi SMA 2017 yang berlangsung di Kem Akademik Azam telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Seramai 14 orang pelajar telah mencapai keputusan dengan pangkat Mumtaz Sofi. Anugerah disampaikan oleh Yang Berbahagia Hj. Mustaparudin Bin Osman, AAP,. AMP,. Pengetua SM Agama Al-Ihsan Kuantan. Anugerah yang disampaikan adalah sebagai suntikan semangat kepada pelajar lain dan pada masa yang sama pihak sekolah telah menyampaikan sedikit insentif kepada para pelajar yang mendapat keputusan Mumtaz Sofi dan Lompatan Saujana kerana mengekalkan kecemerlangan yang berterusan sehingga tempoh peperiksaan Sijil Menengah Agama yang sebenar. Semoga kejayaan yang digapai oleh para pelajar tidak terhenti sampai disini sahaja bahkan menjadi titik perubahan kepada keputusan calon-calon peperiksaan yang lain.

Tag: simulasi