JASAMU DALAM INGATAN

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS ,5 JUN 2017 – 26 Mei yang lalu bertempat di dewan syed Hassan al –attas telah berlangsung dengan jayanya satu majlis perpisahan buat guru yang akan mula berkhidmat ke tempat lain pada tahun ini . Majlis tersebut meraikan Ustaz Zakaria Bin Mahmod yang akan mula berkhidmat di Kulliah Sultan Abu Bakar Pekan . Ustaz Ahmad Halimiee Bin Sulaiman bertukar ke Sekolah Menengah Agama Rompin manakala Ustazah Aznida Binti Budin ditukarkan ke Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah Pekan . Majlis dilaksanakan bagi menghargai jasa mereka yang telah lama berkhidmat di bumi al –attas selama   bertahun – tahun . 

Sebagai tanda penghargaan kepada mereka, sedikit ucapan yang telah disampaikan oleh mereka bertiga kepada semua warga dewan pada hari itu amat menyedihkan malahan terdapat juga guru – guru yang telah lama bersama – sama mereka menitiskan air mata kerana adat berjumpa menyemai rasa kasih tetapi terpisah jua dek kerana kehendak tugasan . Walau bagaimanapun , jasa mereka dalam mendidik anak – anak al –attas di samping menjalankan segala tugasan dengan jayanya selama mereka di sini tidak akan sesekali dilupakan . Sebagai penutup akhir majlis tersebut mereka menerima pelbagai hadiah yang telah disumbangkan oleh Badan kelab guru , Guru – guru perempuan , Badan PIBG sekolah , Badan kakitangan , Badan asrama , orang pesendirian & yang paling utama hadiah istimewa daripada semua anak – anak didik al –attas buat ketiga – tiga guru  yang dirai pada hari itu . Sebagai wakil badan PIBG sekolah  YDP PIBG Tuan Haji Mohd Sani Bin Mohd Saat turut dijemput bagi meraikan majlis tersebut . 

Tag: #MAJLIS PERPISAHAN GURU