USRAH BERSAMA -SAMA PELAJAR ASPURI

SURAU ISKANDAR ZULKARNAIN SMAA , 9 MAC 2018 – Tatkala semua pelajar lelaki pergi menunaikan solat jumaat , masa pelajar aspuri pula diisikan dengan pelbagai segmen yang telapun diatur oleh pihak pengurusan warden asrama & exco – exconya . Pada tengah hari tersebut sama ada sebelum mahupun selepas solat jumaat mereka berkumpul dalam kumpulan kecil bagi mengadakan satu Usrah yang bertajuk Adab Dalam Pergaulan . Pelajar yang dilantik akan menyampaikan ilmu berkaitan tajuk yang diberikan mengikut minggu – minggu tertentu .

Selaku Warden Aspuri Puan Rohana Bt Abdul Latiff akan sentiasa memastikan keselamatan anak – anak aspuri ketika usrah dijalankan . Setiap aktiviti berkaitan akan dipantau oleh warden yang lain iaitu Puan Norhaliza Hashim & Puan Norasmani’am Abdul Aziz . Melalui usrah tersebut sedikit sebanyak mengajar anak – anak asrama lebih berani menjadi pemimpin dalam hal – hal keagamaan  malahan akan sama – sama bersikap prihatin dalam nasihat – menasihati antara satu sama lain . 

Tag: #ASRAMA2018