Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "pt3"

Papar Artikel

Pelancaran Program Mentor Mentee " 10 minit Aku Cakna"

   Pada hari Jumaat 21 April 2017, Unit Bimbingan Kaunseling dan Bahagian Kurikulum telah melancarkan satu program mentor mentee yang diberi nama "10 minit cakna". Pelancaran telah dilakukan oleh setiausaha UBK Ustaz Aiddil. 

   Dalam program ini, pelajar-pelajar PT3, SMA dan SPM akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang akan diketuai oleh seorang guru yang mengajar mereka. Perjumpaan akan diadakan setiap hari Khamis dari 2.30 - 2.40 petang selama 10 minit.

Tag: SMAM pt3 SMA spm UBK

Papar Artikel

Perkampungan Ilmu Fasa 1 SMAM

      Alhamdulillah, program Perkampungan Ilmu Fasa1 SMAM telah selamat bermula pada pukul 8.00 malam Jumaat bersamaan 24 Mac 2017. Program ini akan menyaksikan pelajar-pelajar PT3, SMA dan SPM akan berkampung selama 3 hari di SMAM untuk kelas-kelas tambahan terancang. Pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5 telah pulang awal dari cuti mereka untuk menyertai program ini. Semoga program ini akan menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam 2017. InsyaALLAH.

Tag: perkampungan ilmu smam pt3 SMA spm