Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2019"

Papar Artikel

Ujian Penilaian Tahap 1 2019 telah bermula

    UPT1 telah bermula pada hari ini Isnin 11 Mac 2019 dengan kertas pertama yang diuji ialah Bahasa Melayu Tingkatan 4 yang berlangsung pada 7.50 pagi. Semua subjek akan diuji selama 1 jam mengikut jadual yang dikeluarkan. Jadual boleh di muat turun pada ruangan muat turun pada laman web ini.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Perhimpunan Pagi Isnin 11 Mac 2019

 Perhimpunan pagi Isnin 11 Mac 2019 bermula dari 7.20 hingga 8.10 pagi. Kelas 4M telah dibenarkan keluar awal kerana peperiksaan Bahasa Melayu bagi tingkatan 4 bermula pada jam 7.50 pagi. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, ALLAH Selamatkan Sultan Kami dan lagu SMAN dalam 3 bahasa. Seterusnya ucapan diberikan oleh Cikgu Wan Amran (guru bertugas minggu lepas), Cikgu Norasyikin (Guru bertugas minggu ini), ustaz Zakwan, dan Ustazah Azifah. Pengenalan kepada guru baru juga...

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Selamat Bertugas Di Tempat Baru Ustaz RAHIMI BIN ZAINAL ABIDIN

   Warga SMAM dengan berbesar hati dan penuh kesedihan mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin yang akan berpindah tempat mengajar dari SMAM ke SMA Chenor bermula pada hari Isnin 11 Mac 2019. Beliau telah dilantik sebagai guru tetap di bawah SMAN dengan gred jawatan DG 29. Sebelum ini beliau telah berkhidmat di SMAM selama hampir 7 tahun bermula dari 13 Mei 2012 sebagai guru ASPA (Amanah Saham Pahang). Segala jasa-jasa yang telah beliau...

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Pengumuman Keputusan SPM 2018

    Keputusan SPM 2018 akan diumumkan pada hari Khamis 14 Mac 2018 bermula dari jam 10.00 pagi. Biasanya untuk SMAM keputusan akan diumumkan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Semoga semua pelajar-pelajar SMAM SPM 2018 akan merangkul kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini nanti. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019