Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Kursus Pelaksanaan PAJSK dan SEGAK

KUANTAN, Unit Kokurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Kursus dan Bengkel Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) kepada guru-guru SMA Kerajaan Pahang dan SMA Rakyat Pahang.
   Kursus selama sehari ini telah diadakan di Arabian Bukit Gambang Resort, Kuantan pada 21 Februari 2017 (Selasa). Kursus ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPN). 
   Taklimat PAJSK telah disampaikan oleh En. Mohd Roslan bin Shamsudin, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN. Manakala teklimat SEGAK pula disampaikan oleh Puan Norzaini Azlina binti Zainudin, Penolong Pengarah Unit Kajian Kemasyarakatan Sektor Pengurusan Akademik JPN.
    Turut hadir sepanjang kursus ini ialah Ust Lebai Idris bin Ali, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum JAIP, Ust Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid, Penolong Pengarah Unit Kurikulum JAIP, Ust Azmy Murad bin Mohamed Yatim, Penolong Pengarah Unit Peperiksaan JAIP dan beberapa orang pegawai dari Bahagian Pendidikan JAIP.

Tag: SEGAK & PAJSK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini