Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

PENATARAN SMA

TEMERLOH, Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Penataran bagi mata pelajaran SMA bertempat di SMA Al-Khairiah Temerloh pada 20 hingga 21 Januari 2017. Bengkel selama dua hari ini melibatkan 3 subjek iaitu Feqah, Tauhid dan tafsir Al-Quran. Manakala baki 7 lagi subjek akan diadakan pada sirin berikutnya.
    Sepanjang bengkel ini, peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik PdP bagi mata pelajaran berkenaan agar dapat diaplikasikan di dalam kelas. Rata-rata semua peserta amat teruja dengan bengkel yang diadakan. Melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada semua peserta, 97% peserta beranggapan bengkel ini wajar diadakan lagi memandangkan 5 slot selama dua hari tidak mencukupi. Bagi mereka, bengkel ini amat membantu mereka dalam proses PdP di dalam kelas terutama bagi guru-guru yang baru pertama kali mengajar subjek SMA.

Tag: Penataran SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini