Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

PRODUK SMAN JUARA PENCETUS UMMAH 2016

Bangi: Ust. Nor Hamizi Jamaluddin (PU Mizi) dinobatkan juara Pencetus Ummah musim keempat (PU4) yang diadakan di Kolej Universiti Islam Malaysia, di sini, malam tadi. Beliau  merupakan bekas pelajar SMA Al-Ulum Addiniah Dong Raub dan Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Madinah.

Kini beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang. Dengan kemenangan itu, PU Mizi membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000. Kemenangan ini juga menjadi kebanggaan buat seluruh warga JAIP dan SMA Kerajaan Pahang. Diharapkan pada masa akan datang SMAN Pahang dapat melahirkan lebih ramai pelapis yang akan menjadi ikon dakwah dalam menyebarkan risalah Rasulullah S.A.W.

Manakala tempat kedua pula dimenangi Zulkornain Md Rejab (PU Zul) dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 diikuti tempat ketiga dan keempat menjadi milik Akram Ikrami Taib Azamudden (PU Akram) dan Raihan Husni (PU Raihan). Masing-masing mendapat hadiah wang tunai RM20,000 dan RM10,000. Semua peserta akhir juga mendapat trofi Astro.

Sekalung tahniah dari seluruh warga SMAN Pahang

Tag: Pencetus Ummah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini