Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

TOK GAJAH JUARA KESELURUHAN KARNIVAL SUKAN DAN ILMIAH SMA PULAU TAWAR TAHUN 2020

AHAD | 2 FEBRUARI 2020

JERANTUT, Perasmian Penutup Karnival Sukan dan Ilmiah Peringkat Sekolah (KSIPS) Menengah Agama Pulau Tawar, disambut meriah. KSIPS telah bermula pada 30 Januari dan tamat pada 2 Februari 2020 ( Ahad ). Pertandingan telah diadakan di antara tiga buah rumah sukan (RS), iaitu RS Tok Gajah, RS Mat Kilau dan RS Dato Bahaman. Semua pelajar telah dilibatkan menyertai RS tersebut.  Perasmian Penutup telah sempurna dilaksanakan oleh Pn. Saniah binti Muhammad AMP (Pengetua SMAPT). Beliau berasa gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan KSIPS untuk tahun 2020. Kepada pelajar-pelajar yang berjaya terpilih diharapkan dapat bersedia untuk mewakili sekolah ke peringkat zon. Beliau juga berasa bangga dan mengucapkan syabas kepada Persatuan Usahawan Muda yang telah berjaya menjalankan perniagaan makanan di kalangan pelajar-pelajar sepanjang KSIPS diadakan. RS Tok Gajah telah menjadi Johan pertandingan Ilmiah dan RS Dato Bahaman pula menjadi Johan pertandingan Sukan. Johan keseluruhan telah berjaya dirangkul oleh RS Tok Gajah . Tahniah diucapkan.

Disunting oleh Nur Auni Fatini binti Ahmad Fauzi (T5 Ar-Razi)

Tag: #KSISMAPT

0 komen

Sila berikan komen anda di sini