JUM SMA 2020

    Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Pembinaan Bahan Jawab Untuk Mumtaz (JUM SMA) bagi tahun 2020. Bengkel selama 3 hari ini telah diadakan di Lanjut Beach Resort, Kg Lanjut Kuala Rompin pada 25 hingga 27 Februari yang lalu. 
   Program JUM SMA ini merupakan program kecemerlangan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dengan kerjasama pihak Yayasan Pahang. Seramai 50 orang fasilitator terlibat dalam menyiapkan Modul JUM SMA 2020 ini. Turut hadir sama sepanjang bengkel ini adalah Ustazah Nadiah binti Abdul Hamid, Penolong Pengarah Unit Kurikulum JAIP dan Ust Mazfadillah bin Mat Dewa, Penyelia Kurikulum JAIP selaku penyelaras program.

Tag: JUM SMA 2020