ASPA SUMBANG RM185,000 KEPADA GURU

Bandar Tun Razak Jengka, Amanah Saham Pahang (ASPA) telah menyumbangkan sebanyak RM185,000 kepada guru-guru SMA Kerajaan Pahang di bawah tajaan ASPA. Seramai 185 orang guru-guru ASPA yang berkhidmat di SMA Kerajaan Pahang telah menerima saguhati berjumlah RM1,000 seorang.
  Majlis penyampaian sumbangan ni telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 8 Februari 2020 di Dewan Ma'ahad SAS Bandar Tun Razak Jengka. Turut hadir sama dalam majlis yang meriah ini adalah YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB dato' Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Envik Mujibur Rahman bin Ishak ADUN Chenor, YB Encik Shahril Azman bin Abdul Halim ADUN Jengka, Dato' Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha Pengarah JAIP , Dato' Mohd Nazari bin Yunos Pengurus Besar ASPA dan Encik Sharuddin bin Jali Pegawai Daerah Maran.

Tag: BONUS ASPA