LANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SMAN PAHANG 2020

Adalah dimaklumkan tarikh tutup permohonan online ke tingkatan 1 SMA Kerajaan bagi sesi persekolahan tahun 2020 dilanjutkan sehingga  02 Disember 2019 (Isnin). Tarikh asal tutup permohonan adalah pada 1 Disember 2019 (Ahad). Hal ini disebabkan terdapat sedikit gangguan kepada capaian laman web esma.pahang.gov.my dalam tempoh permohonan dibuka paa 20 Nov - 1 Dis 2019.

  Gangguan ini adalah disebabkan oleh keperluan untuk membuat peningkatan RAM kepada server SPSMA sedia aa dan juga kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan UPS oleh kontraktor yang dilantik JKR.

  Gangguan ini akan bermula pada 29 Nov 2019 mulai jam 10.00 malam sehingga 2.00 pagi dan seterusnya sekali lagi pada 30 November 2019 mulai jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Sepanjang tempoh shutdown tersebut aplikasi ini tidak dapat dicapai.

Tag: Gangguan Server SPSMA