Kursus PdP Al-Quran Guru SMAN dan SMAR

PEKAN, Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah menganjurkan Kursus Pemantapan PdP Al-Quran bagi guru-guru SMAN dan SMAR Pahang  pada 10 Januari 2017 bertempat di dewan SHAS Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan. Kursus ini telah dihadiri seramai 124 orang peserta yang terdiri dari guru-guru Al-Quran SMA Pahang dan SMAR Pahang dan dikendalikan sepenuhnya oleh Al-fadhil Ust Abdul Karim bin Sidek, dari Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan.
     Sepanjang kursus ini peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik PdP Al-Quran yang berkesan, pendedahan mengenai kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menulis Resm Uthmani serta permasalahan yang sering dihadapi sewaktu proses PdP dalam kelas. Penganjuran kursus ini adalah sebagai salah satu usaha Bahagian Pendidikan JAIP dalam meningkatkan penguasaan guru-guru SMAN dan SMAR dengan ilmu Al-Quran disamping menyuburkan jiwa Al-Quran dalam diri. Pada tahun 2017 ini, Bahagian Pendidikan telah merangka 3 siri kursus untuk guru-guru Al-Quran SMAN dan SMAR. Kursus Pemantapan PdP Al-Quran ini merupakan siri 1 dan akan diikuti dengan Kursus Pemantapan Tajwid pada siri 2 serta Kursus Asas Tarannum pada siri 3 nanti.
     Turut hadir sepanjang kursus ini ialah Ustazah Apidah binti Zakaria@Daud, Penolong Pengarah Kanan Unit Naziran Bahagian Pendidikan, Ust Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid, Penolong Pengarah Unit Kurikulum dan Ust Mazfadillah bin Mat Dewa, Penyelia Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP. Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah bahagian Pendidikan, Al-fadhil Ust Abu Bakar bin Mat Saad.,AAP.,AMP. 

Tag: Kursus PdP Al-Quran