MASISUPA KALI KE-35

Jerantut, tirai kejohanan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang Peringkat Pusat kali Ke-35 (MASISUPA) akan bermula pada 23 hingga 26 Mac 2019. Pada edisi kali ini SMA Pulau Tawar Jerantut telah terpilih menjadi tuan rumah.
    Majlis perasmian pembukaan kejohanan tahunan ini akan dilaksanakan oleh YB Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris, Ahli Parlimen Jerantut. Manakala majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj pada 26 Mac 2019 bermula jam 10 pagi diperkarangan Padang SMA Pulau Tawar Jerantut.
    MASISUPA ini juga adalah medan bagi memilih pemain terbaik yang akan mewakili kontijen Pahang ke Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) dan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MISSMAM). Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan kemeriahan kejohanan ini.

Tag: MASISUPA 2019