KURSUS GURU AL-QURAN ASRAMA

Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan kursus pemantapan PdP Al-Quran kepada guru-guru Al-Quran Asrama di Pahang pada 7 Mac 2019 bertempat di Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Addini Jengka. Seramai 325 orang telah mengikuti kursus ini. 
   Kursus ini dikendalikan sepenuhnya ole Al-Fadhil ust Abdul Karim bin Sidek dari Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan. Turut hadir sama dalam kursus ini adalah Ustzah Apidah binti Zakaria, Penolong Pengarah Kanan Unit Naziran dan Latihan SMA Pahang dan Ust Mazfadillah bin Mat Dewa Penyelia Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP. Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ust Abu Bakar bin Mat Saad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP.

Tag: Kursus Guru Al-Quran Asrama