BENGKEL JUM SMA 2017

KUANTAN, Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Modul Jawab Untuk Mumtaz Sijil Menengah Agama  (JUM SMA) Tahun 2016 dan Pembinaan Modul Tahun 2017. Bengkel selama tiga hari ini telah diadakan di Hotel Mega View Kuantan bermula pada 13 - 15 Disember 2016.
  JUM SMA merupakan program bersama antara Bahagian Pendidikan JAIP dengan pihak Yayasan Pahang semenjak tahun 1998 lagi. Seramai 50 orang fasi yang terlibat dalam pembinaan modul ini yang terdiri dari kalangan guru-guru pakar SMAN Pahang yang melibatkan 10 mata pelajaran.
  Bengkel ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan iaitu Ust Abu Bakar bin Mat Saad,AMP, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan iaitu Ustazah Apidah binti Zakaria@Daud, Penolong Pengarah Unit Kurikulum iaitu Ust Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid. Manakala pihak Yayasan Pahang diwakili oleh Ust Idrus bin Rudin, Pengurus Capaian Pendidikan dan Puan Nor Azean binti Othman, Penolong Pengurus Capaian Pendidikan Yayasan Pahang.

Tag: JUM SMA