DIALOG PENGARAH BERSAMA GPK SMAN PAHANG

Maran, Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan satu sesi perjumpaan khas dialog bersama GPK SMA Pahang bertempat di Dewan SMA Maran pada 31 Mei baru-baru ini.
   Tujuan utama pertemuan ini adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada semua GPK SMAN meluahkan pandangan, saranan dan cadangan demi kemajuan SMA Pahang disamping perkongsian pengalaman dan permasalahan di sekolah masing-masing agar dapat diatasi bersama.
   Turut hadir sama dalam pertemuan ini adalah KPP Bahagian Pendidikan, Penolong Pengarah Kanan Unit Naziran dan Latihan serta Pengetua SMA Maran.

Tag: Dialog Bersama Pengarah