MODUL JUM SMA 2018

 Bahagian Pendidikan JAIP akan mengedarkan CD Modul dan Bahan Program Jawab Untuk Mumtaz (JUM SMA) bagi tahun 2018 pada 23 Januari 2018. CD Modul dan Bahan JUJ SMA ini diedarkan secara percuma ke semua SMA Kerajaan Pahang (SMAN), SMA Rakyat Pahang (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Pahang yang mengambil peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA).
     Pembinaan Bahan dan Modul JUJ SMA ini telah diadakan pada penghujung tahun 2017 yang lalu Di Hotel E-Red Kuantan. Pentadbiran ini mengharapkan dengan adanya CD Modul dan Bahan ini, dapat membantu proses PdP guru-guru dalam kelas dan membantu calon-calon SMA mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun ini. JUJ SMA ini merupakan program kecemerlangan peperiksaan SMA yang telah wujud sejak tahun 1998 dengan kerjasama pihak Yayasan Pahang.
     Pentadbiran ini juga mengharapkan, dengan pengedaran awal bahan dan modul ini, ianya dapat digunakan semaksima mungkin oleh guru-guru serta pelajar dan sejajar dengan penjenamaan semula daripada Jawab Untuk Jaya (JUJ SMA) kepada nama baru Jawab Untuk Mumtaz (JUM SMA).

Tag: JUM SMA