BENGKEL PENAMBAHBAIKAN JUJ SMA 2017 DAN PEMBINAAN MODUL 2018

KUANTAN, Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Jawab Untuk Jaya Sijil Menengah Agama (JUJ SMA) tahun 2017 dan Pembinaan Modul JUJ SMA bagi tahun 2018. Bengkel ini telah diadakan di E-Red Hotel Kuantan pada 15 - 17 Disember 2017 dengan kerjasama Yayasan Pahang.
  Bengkel ini melibatkan 10 mata pelajaran Nizom Bouth dan dikendalikan oleh 60 orang fasilitator. JUJ SMA ini telah bermula sejak tahun 1998 dan memberi impak yang cukup besar dalam membantu pelajar meraih kecemerlangan dalam Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) serta membantu guru-guru dalam proses PdP dalam kelas.
   Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad turut hadir menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian. Turut hadir adalah Penolong Pengarah Unit Kurikulum JAIP Ust Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid, Penyelia Unit Kurikulum Ust Mazfadillah bin Mat Dewa, Penyelia Unit Ko-Kurikulum dan HEP Puan Noraziyan binti Yaakob serta wakil Yayasan Pahang iaitu Encik Azrul.

Tag: BENGKEL JUJ SMA 2017-2018