Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2017

Keputusan Rasmi Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun 2017 akan diumumkan oleh YH Dato' Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang pada 29 Disember 2017 (Jumaat).
    Calon-calon boleh mendapatkan slip keputusan masing-masing mulai jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing. Bahagian Pendidikan JAIP terlebih dahulu mengucapkan TAHNIAH kepada calon-calon yang berjaya.

Tag: KEPUTUSAN SMA 2017

Papar Artikel

BENGKEL PEMURNIAN MPK DAN FM PENDIDIKAN

KUANTAN, Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Pemurnian Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) Pendidikan di E-Red Hotel Kuantan pada 18 - 19 Disember 2017. Bengkel ini diadakan bagi memperkemaskan lagi MPK dan FM sedia ada ke arah persijilan ISO pendidikan.
  Bengkel ini dihadiri oleh semua pegawai di Bahagian Pendidikan JAIP dan beberapa orang GPK Kurikulum. Turut hadir sama adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Ust Abu Bakar bin Mat Saad dan...

Tag: MPK DAN FM PENDIDIKAN

Papar Artikel

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN JUJ SMA 2017 DAN PEMBINAAN MODUL 2018

KUANTAN, Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Jawab Untuk Jaya Sijil Menengah Agama (JUJ SMA) tahun 2017 dan Pembinaan Modul JUJ SMA bagi tahun 2018. Bengkel ini telah diadakan di E-Red Hotel Kuantan pada 15 - 17 Disember 2017 dengan kerjasama Yayasan Pahang.
  Bengkel ini melibatkan 10 mata pelajaran Nizom Bouth dan dikendalikan oleh 60 orang fasilitator. JUJ SMA ini telah bermula sejak tahun 1998 dan memberi impak yang cukup besar dalam...

Tag: BENGKEL JUJ SMA 2017-2018

Papar Artikel

BENGKEL FAIL MEJA SMAN

Temerloh, Bahagian Pendidikan JAIP mengadakan bengkel Fail Meja bagi SMA Pahang dan Bahagian Pendisikan JAIP pada 5 - 7 Disember 2017 bertempat di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengemaskini dan membuat penambahbaikan kepada dokumen yang sedia ada bagi persediaan untuk ISO.
   Bengkel ini dihadiri oleh Pengetua SMAN, GPK Kurikulum, GPK Ko-Kurikulum &HEP serta beberapa pegawai dari Bahagian Pendidikan JAIP. Bengkel ini dikendalikan oleh Ustazah...

Tag: FAIL MEJA SMAN