Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

TAKLIMAT MS ISO 9001:2015

TEMERLOH, Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan satu taklimat khas MS ISO 9001:2015 untuk warga SMAN Pahang. Majlis ini telah diadakan di Dewan SMA Al-Khairiah Temerloh pada 16 januari 2018. Taklimat ini dihadiri oleh semua Pengetua SMA Kerajaan Pahang, GPK SMAN, PIC Sekolah dan pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan JAIP.
   Turut hadir sama iala Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Al-Fadhil Ust Abu Bakar bin Mat Saad yang turut memberi ucaptama dalam majlis ini.

Tag: ISO PENDIDIKAN

Papar Artikel

IKRAR BEBAS RASUAH WARGA JAIP

TEMERLOH, Jabatan Agama Islam Pahang telah mengadakan satu majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi warga kerja Jabatan Agama Islam Pahang bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dewan Tun Razak Temerloh pada 15 Januari 2018. Majlis ini dihadiri hampir 450 orang warga kerja JAIP yang terdiri dari pegawai-pegawai JAIP seluruh Pahang dan guru-guru SMA Kerajaan Pahang.
    YH Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz, Timbalan Pengarah JAIP telah mengetuai majlis bacaan Ikrar...

Tag: BEBAS RASUAH

Papar Artikel

PENDAFTARAN PELAJAR STAM 2018

PEKAN, pendaftaran pelajar STAM 2018 telah diadakan pada 8 Januari 2018 di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan, SMA Al-Khairiah Temerloh, Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Bandar Tun Razak Jengka dan SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku Kuala Lipis. Pada Tahun ini seramai 1006 orang pelajar telah ditawarkan untuk mengambil STAM di 4 buah sekolah berkenaan.
    Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan, menerima paling ramai pelajar iaitu 670 orang, diikutu...

Tag: PENDAFTARAN STAM 2018

Papar Artikel

KEPUTUSAN SMA 2017, 4 SEKOLAH CATAT KEPUTUSAN 100%

   Maran, Majlis pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tahun 2017 telah diadakan di Dewan SMA Maran pada 29 Disember 201 yang lalu. Sebanyak 4 buah sekolah berjaya mencatat keputusan cemerlang 100% iaitu Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan, Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah, Sekolah Menengah Agama Rompin dan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan.
   Seramai 1901 orang calon telah menduduki...

Tag: SMA 2017