Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

AHLAN YA RAMADHAN

Bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadhan ini, seluruh warga kerja Bahagian Pendidikan JAIP mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada seluruh umat Islam.

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan, bingkailah ia dengan Iman.

Tag: Ahlan Ya Ramadhan

Papar Artikel

BENGKEL PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI

Bahagian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pemantapan Penulisan Al-Quran Rasm Uthmani khusus untuk guru-guru Al-Quran SMA Kerajaan Pahang dan SMAR Pahang pada 10 dan 11 April baru-baru ini di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan dan Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Jengka.
   Bengkel ini disertai hampir 90 orang guru-guru Al-Quran dari SMAN dan SMAR Pahang yang juga merupakan fasilitator Tahsin Al-Quran SMA bagi tahun 2018. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh...

Tag: Al-Quran Rasm Uthmani

Papar Artikel

BENGKEL DAN TAKLIMAT PESANAN BUKU TEKS

Unit HEP dan Ko-Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan satu sesi khas Bengkel dan Taklimat Pesanan Buku Teks bagi kegunaan tahun 2019 untuk seluruh SMA Kerajaan Pahang, SMAR Pahang dan SAR Pahang. Bengkel dan taklimat ini diadakan di Pusat Bahasa Arab Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan Pahang pada 28 Mac 2018 bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.
    Seramai 60 orang peserta telah hadir mengikuti bengkel ini dari 30 buah sekolah dari SMAN, SMAR dan...

Tag: spbt

Papar Artikel

MASISUPA PUSAT 2018…ZON 3 TERUS UNGGUL

KUALA LIPIS, Kontijen Zon 3 yang dianggotai oleh SMA Al-Khairiah Temerloh, SMA Chenor, SMA Al-Wosto Temerloh, SMA Al-Ittifaqiah Guai Temerloh, SMA Pelangai dan SMAR Darun Naim Kuala Krau terus unggul apabila dinobatkan  juara Kategori Sukan dan Juara Kategori Ilmiah dalam Kejohanan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang Kali Ke-34 yang melabuhkan tirainya pada 20 Mac 2018 baru-baru ini.  Kejayaan merangkul Juara bagi kedua-dua kategori ini, telah membolehkan Kontijen...

Tag: ZON 3 Unggul