Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

LAWATAN DELIGASI UAE KE SMAN

Lawatan deligasi Yayasan Khalifa bin Zayed Al-Nahyan dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) ke SMAN Pahang telah diadakan pada 5 hingga 8 Mac 2019. Tujuan lawatan ini adalah bagi mengadakan pertemuan dengan pengetua SMA Kerajaan Pahang dan guru-guru bantuan arab UAE yang berkhidmat di SMA Pahang bagi menilai keberkesanan pelaksanaan PdP mereka.
   Ahli rombongan telah mengadakan lawatan ke  sekolah yang ada khidmat guru-guru bantuan arab UAE. Antara sekolah yang dilawati adalah Kulliah...

Tag: Lawatan UAE

Papar Artikel

SULTAN PAHANG KE-VI DIMASYHURKAN

الله أكبر.....الله أكبر.....الله أكبر


Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Alhamdulillah,
Seluruh warga SMAN Pahang mengucapkan TAHNIAH di atas Pemasyhuran Sultan Pahang Ke-VI Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

'SULTAN ABDULLAH PEMBELA AGAMA YANG TERPILIH OLEH ALLAH'

'Semoga Sentiasa Di Dalam Rahmat Allah'.

Tag: DAULAT TUANKU

Papar Artikel

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2018

PEKAN, pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama Pahang (SMA) tahun 2018 telah diadakan di SMA Tengku Ampuan fatimah Pekan oleh YH. Dato' Haji Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang pada 27 Disember 2018. 
Tahun ini, seramai 1805 orang calon telah mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SMA. Dari jumlah tersebut, 1560 orang adalah merupakan calon dari 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), 56 orang dari 2 buah Sekolah Agama Bantuan...

Tag: SMA 2018

Papar Artikel

PENGARAH BARU JAIP

Pekan, 8 Oktober 2018, seluruh warga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada hari ini menerima kunjungan pengarah baru JAIP. Majlis memperkenalkan pengarah baru JAIP telah diadakan di Dewan Auditorium MUIP.
    YH. Dato' Haji Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, DIMP.,SMP. secara rasminya dilantik menjadi pengarah JAIP yang baru bagi menggantikan pengarah sebelum ini iaitu YH Dato' Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani yang telah bersara pada 22 September yang lalu. Selamat datang YH Dato'.

Tag: Pengarah Baru JAIP